Berita SemasaJenayah & Mahkamah

SPRM tahan individu disyaki rasuah anggota penguatkuasa

PUTRJAYA  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan pembayaran ratusan ringgit kepada seorang anggota penguat kuasa.

Wang rasuah itu dipercayai diberikan bagi meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 10 Januari 2025 dikeluarkan oleh Majistret Joanne Tan Xin Ying di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi selepas permohonan dibuat oleh SPRM.

Menurut sumber, suspek, seorang lelaki berusia 40-an, ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun lalu. Dia juga disyaki membayar rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, bergantung kepada jenis kenderaan,” kata sumber itu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, mengesahkan penahanan tersebut. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

SPRM terus komited dalam membanteras amalan rasuah yang mencemarkan integriti penguatkuasaan di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button