Berita Semasa

Pelesenan media sosial elak pengguna jadi mangsa jenayah siber

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan dalam melaksanakan kerangka lesen media sosial sangat tepat masanya dalam usaha membanteras jenayah siber dan memastikan platform media sosial selamat dilayari.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, walaupun tidak semua pihak telah menyertai, kemajuan yang dicapai setakat ini adalah memberangsangkan dengan penyertaan empat platform media sosial dan pesanan iaitu WeChat, Telegram, TikTok dan Meta dalam pelaksanaan kerangka tersebut yang berkuat kuasa mulai kelmarin.

“Saya juga menghargai usaha Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memelihara kebebasan bersuara sambil melaksanakan peraturan dan akauntabiliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerangka itu hadir pada masa yang tepat memandangkan kerugian kewangan keseluruhan di bawah #ScamVictimSupport telah melebihi RM10 juta, malah sesetengah mangsa masih mengalami trauma selepas penipuan walaupun bertahun-tahun.

“Ini adalah isu yang dekat di hati saya kerana saya telah membantu banyak mangsa penipuan sebelum ini dan ini adalah masalah yang berlaku secara meluas dan perlu ditangani segera.

“Secara ringkasnya, kita memerlukan platform-platform ini untuk mengambil lebih banyak akauntabiliti dan tanggungjawab bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan di dunia digital,” katanya.

Sementara itu beliau turut menggesa Google untuk berhubung dengan MCMC supaya mereka juga dapat menyertai proses itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button