Berita SemasaPM X

Tender secara telus, tiada skandal besar bukti kejayaan Kerajaan Madani

PUTRAJAYA – Pemantapan tatakelola yang dilaksanakan di pelbagai peringkat pentadbiran negara mencerminkan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, sepanjang dua tahun Kerajaan Madani mentadbir negara, tiada sebarang skandal besar dikaitkan dengan pentadbiran di bawah pimpinannya.

“Sementara kita tekankan soal tatakelola, yang saya anggap suatu kejayaan, saya mahu sebut dalam tempoh dua tahun ini saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana kita menjalankan proses tender yang telus.

“Tidak ada satu pun skandal besar yang diungkapkan dalam tempoh ini,” katanya ketika berucap di majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

@malaysiatribune

Pemantapan tatakelola yang dilaksanakan di pelbagai peringkat pentadbiran negara, mencerminkan kejayaan dicapai Kerajaan Madani. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tempoh dua tahun, tiada satu pun skandal besar dikaitkan dengan pentadbiran di bawahnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini. #malaysiatribune #pmx #anwaribrahim

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Pada masa yang sama, Perdana Menteri mahu latihan dalam kalangan penjawat awam diperluaskan kepada kakitangan pelbagai peringkat, khususnya yang membabitkan pegawai muda, mulai tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata, kerajaan akan membelanjakan peruntukan tambahan bagi memastikan penjawat awam tersebut menjalani latihan sewajarnya

“Beri latihan dan peluang kepada penjawat awam, terutamanya dalam kalangan muda, harus diberikan sepenuhnya, dari segi kecekapan, dari segi AI (kecerdasan buatan), digital, perubahan tenaga kerana saya mahu dalam masa beberapa tahun keupayaan kita, mengatasi keupayaan konsultan luar yang ada.

“Sekiranya diberikan latihan tambahan dan saya sudah minta kalau perlu RM100 juta, RM200 juta tambahan, hanya untuk memberikan latihan intensif,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button