Berita Semasa

SPCA tawar RM10,000 untuk maklumat pembunuh kucing di UM

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM10,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memiliki maklumat sah dalam pengecaman dan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab atas perbuatan kejam memotong anggota badan haiwan di Universiti Malaya (UM).

Pengerusi Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA), Christine Chin, berkata, perbuatan kejam tersebut bukan sahaja mengerikan dan menyayat hati, malah ia juga merupakan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015

“Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan.

“Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Sama ada kecederaan berpunca daripada tindakan manusia atau interaksi haiwan sesat, adalah penting untuk menentukan fakta dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah bahaya selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan lima kucing didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM), manakala seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.

Lebih mengerikan, bukan sahaja kucing yang menjadi mangsa, malah seekor anjing juga dilaporkan mati akibat diperlakukan jenayah sama.

Tambah Chin , perkara ini perlu disiasat dari semua sudut supaya dapat menangani punca utama iaitu sama ada kekejaman manusia atau pengurusan haiwan liar yang tidak mencukupi.

“Kempen ganjaran ini terbukti berkesan dalam menangani kekejaman terhadap haiwan. Inisiatif sama di Pulau Pinang berjaya menghentikan kejadian keracunan dan ganjaran RM10,000 di UM bertujuan untuk menggalakkan pemberi maklumat, mencegah kejadian di masa hadapan dan meningkatkan kesedaran.

“SPCA juga menggesa komuniti UM untuk terus memantau dan melaporkan aktiviti mencurigakan,” ujarnya lagi.

Sebarang maklumat yang ingin dikongsi secara sulit boleh berhubung di talian 011-51189716 atau enquiries@spca.org.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button