Berita Semasa

Pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI santuni keluarga individu cetus kekecohan esok – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan menyantuni keluarga individu bukan Islam yang membuat kekecohan di masjid berkenaan pada Rabu lalu, esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Pengerusi Masjid, Datuk Mohd Fadzli Yusof selepas beliau menunaikan solat Jumaat di masjid itu, hari ini.

“Fadzli Yusof telah memberikan nasihat amat baik kepada jemaah tadi, iaitu jangan membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ummah.

“Ibu bapa lelaki itu juga bersetuju untuk berjumpa dengan pihak masjid esok,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood.

Semalam, Ku Mashariman mengesahkan suspek yang membuat kekecohan termasuk merosakkan televisyen di masjid itu, mengalami masalah mental sejak April 2022.

Sementara itu, Fahmi berkata, jemaah yang terlibat dalam insiden tersebut juga telah meminta maaf kepada pihak masjid setelah mengetahui situasi sebenar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button