Luar Negara

Dua maut, 18 cedera pesawat ringan terhempas atas bumbung kilang perabot

LOS ANGELES – Dua maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat ringan jenis Van’s RV-10 terhempas di atas bumbung sebuah kilang membuat perabot di bandar Fullerton.

Menurut CBS News, kejadian berlaku sekitar 2.09 petang (waktu tempatan) kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.

Nahas mencetuskan kebakaran besar hingga menyebabkan perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.

Beliau memberitahu, belum dapat dipastikan jumlah penumpang yang berada dalam pesawat malang berkenaan, dan jika dua kematian dilaporkan melibatkan penumpang atau anak kapal pesawt berkenaan, atau individu yang berada dalam kilang tersebut.

Rakaman video daripada saluran berita tempatan KABC menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button