Dakwaan cuba sebar Kristian, polis rakam keterangan dua warga AS
KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam percakapan tiga individu termasuk dua warga Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan cubaan penyebaran risalah agama Kristian di Desa Setapak, di sini Isnin lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, seorang lagi individu yang sudah dipanggil bagi dirakam percakapan adalah pengadu dalam kes ini.
Tambahnya, rekod menunjukkan kedua-dua warga AS berusia dalam lingkungan 30-an itu masuk ke Malaysia sebagai pelancong dan sudah berada di sini sejak sebelum Krismas.
“Kita sudah selesai rakam percakapan kedua-duanya semalam,” katanya dalam satu sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, tiular di media sosial satu video memaparkan tiga individu termasuk dua warga asing berkulit putih dirakam sedang menyebarkan risalah kepada orang ramai di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.
Individu yang merakam video itu kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 10.19 malam pada 30 Disember lalu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan berkaitan sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune