ALI24 kembali, peluang besar untuk pemuzik indie Malaysia
PUCHONG – Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) kini kembali membuka peluang kepada pemuzik indie di seluruh Malaysia untuk menyerlahkan bakat mereka. Penyertaan dibuka sejak 1 Januari 2025 dan akan ditutup pada 15 Februari 2025, pukul 11.59 malam.
Menurut penganjur, sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu Pop, Rock, dan HipHop. Sebanyak 90 lagu terbaik 30 dari setiap kategori akan dipilih untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM36,000. Keputusan akan diumumkan antara 24 hingga 30 Mac 2025.
Lagu yang layak bertanding mestilah karya asli, dilancarkan pada tahun 2024 dan dihasilkan oleh pemuzik yang bernaung di bawah label indie. Lagu di bawah label rakaman besar tidak akan diterima.
ALI24 yang memasuki tahun kelima sejak diperkenalkan pada 2019 terus menjadi platform utama meraikan kreativiti dan bakat pemuzik indie.
Pengarah Eksekutif Bersama ALI24, Ahmed Faris Amir dan Jennifer Thompson, yakin edisi kali ini akan menetapkan standard baharu dalam industri muzik tempatan.
“Kami berharap dapat terus menyokong pemuzik indie dalam perjalanan seni mereka dan membantu mereka mencapai kejayaan lebih besar,” kata mereka.
Penganjur menggalakkan semua pemuzik indie menghantar penyertaan awal bagi mengelakkan kesulitan. Semua penyertaan perlu dilakukan melalui laman rasmi: www.anugerahlaguindie.com.
ALI24 terus menjadi pentas berprestij untuk bakat indie melangkah ke tahap lebih gemilang dalam industri muzik tempatan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune