Polis wanita ditahan di pusat hiburan positif empat jenis dadah
KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis wanita berpangkat rendah yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini positif empat jenis dadah.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, anggota polis berkenaan ditahan dalam Ops Hiburan yang dilakukan pada pukul 2 pagi, malam tahun baharu.
“Anggota wanita berkenaan dipercayai sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.
“Ujian saringan awal ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek telah ditahan reman selama dua hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune