Lelaki buat kecoh di masjid dipercayai alami gangguan mental
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental ditahan ketika menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi semalam.
Dalam satu video berdurasi 2 minit 46 saat yang tular di media sosial, lelaki tersebut dipercayai memasuki ruangan solat masjid sebelum solat Subuh.
Dalam pada itu memetik laporan Sinar Online yang memetik satu sumber, lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant, di sini sebelum menuju ke masjid berkenaan.
“Pada masa sama, keluarganya yang menaiki sebuah lagi kenderaan lain turut mengekori lelaki itu dari belakang.
“Sebaik tiba di pekarangan masjid, lelaki itu terus meluru masuk dan membuat kecoh ketika semua jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Subuh,” katanya.
Berdasarkan rakaman video tersebut, lelaki itu kemudian ditenangkan oleh jemaah masjid dan ahli keluarganya sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis yang tiba di masjid itu.
Dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan sebagai seorang pesakit mental.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune