Berita Semasa

Kematian 4 individu selepas hadiri konsert tahun baharu disiasat

KUALA LUMPUR – Kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway di sini semalam sedang disiasat oleh pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati keempat-empat individu menghadiri konsert di Bandar Sunway.

“Bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button