Berita Semasa

Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia tersepit meja lipat

NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit di celah besi meja lipat ketika bermain di sebuah rumah sewa di Taman Seri Putera, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang rumah bandar yang disewa ibunya.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu serta adik-beradik mangsa yang lain berada di dalam rumah.

Kejadian hanya disedari ibu mangsa apabila tidak mendengar sebarang bunyi dari belakang rumah.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat melakukan siasatan di rumah mangsa selepas menerima laporan.

Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Parit Buntar, Perak, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button