Gadis maut rempuh MPV buat u-turn melulu
KOTA TINGGI – Seorang gadis maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Kenari di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 petang apabila MPV yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun membuat pusingan U secara tiba-tiba.
“Mangsa iaitu wanita berusia 21 tahun yang menunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan MPV tersebut.
“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat, manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Yusof, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun, didenda RM20,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.
Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.
Sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zamiruddin Yaakob di talian 011-39105277.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune