Edar risalah Kristian di Desa Setapak, tiga individu dikesan polis
WANGSA MAJU – Polis sedang memburu tiga individu yang dipercayai mengedarkan risalah berkaitan agama Kristian secara terbuka di sebuah pasaraya di Desa Setapak, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang turut tular melalui video berdurasi 54 saat pada pukul 10.19 malam, Isnin lalu.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas sebab-sebab agama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Mohamad Lazim, bagi kesalahan itu, undang-undang memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum lima tahun.
Video tular memaparkan tiga individu termasuk dua individu berkulit putih yang dirakam menyebarkan risalah berkaitan agama Kristian di Desa Setapak.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune