Jenayah & Mahkamah

Dua warga asing ditahan bantu siasatan pembunuhan wanita di hotel

SERDANG – Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa yang juga dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel terbabit.

Tambahnya, pihak polis menerima aduan berhubung insiden pembunuhan itu pada jam 10.15 malam tadi.

Jelasnya, kedua-dua warga asing berusia 39 tahun itu ditahan di Bukit Puchong, pada pukul 3 pagi tadi susulan siasatan awal.

“Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan serta hubungan mangsa dengan kedua-dua suspek.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 6 Januari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anbalagan memberitahu, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-80742222,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button