Berita SemasaBisnes & Ekonomi

VFive Group peruntuk RM30 juta sumbangan kebajikan tahun 2025

PUTRAJAYA – VFive Group, sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk tahun 2025, penambahan RM5 juta daripada tahun terdahulu bagi program tanggungjawab sosial (CSR) dan sumbangan kebajikan.

Pengarah urusan Kumulan dan pengasas Vfive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, peruntukan tersebut akan membolehkan mereka untuk terus memperkukuh program berasaskan kebajikan dan membantu lebih ramai individu yang memerlukan serta kurang bernasib baik di seluruh negara.

“Insya-Allah memang fokus kita sebelum ini menerusi Yayasan VFive dan memang kita ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Kita sudah mulakan dengan bantuan banjir baru-baru ini.

“Bantuan itu juga akan diteruskan pada bulan Ramadan depan dan ia juga merangkumi bantuan untuk pergi umrah, madrasah dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Makan Malam VFive Group, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Syafiq berkata, VFive Group juga akan melebarkan sayap kepada tiga sektor baharu iaitu, pembangunan hartanah, konsensi dan tenaga boleh diperbaharui.

Jelas beliau, langkah tersebut seiring dengan cabaran dunia perniagaan pada masa kini yang memerlukan syarikat mempelbagaikan cabang perniagaan.

“VFive Group mula bertapak sejak 2012 dengan kepakaran dalam lima bidang iaitu pengiklanan, media dan pengurusan acara, general trading, service & recruitment (GTSR), pengurusan kemudahan, pembinaan serta teknologi maklumat.

“Kami mengorak langkah progresif apabila melebarkan perniagaan dalam industri-industri utama lain seperti sektor pembangunan hartanah, konsesi dan tenaga boleh diperbaharui.

“Langkah strategik ini adalah sebahagian daripada visi besar syarikat untuk terus berkembang dan mencipta impak meluas dalam sektor perniagaan,” katanya.

Tambah Mohd Syafiq, rekod kejayaan kukuh dalam bidang yang diceburi, VFive Group kini sedia membawa kepakaran, inovasi dan kecekapan dan sektor-sektor lain.

“Menerusi pendekatan berteraskan profesionalisme dan kualiti, VFive Group bercita-cita untuk menjadi peneraju dalam setiap indutsri yang dicebeburi seiring dengan reputasi cemerlang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button