Berita Semasa

Peluang terakhir pelajar tebus Baucar Buku Madani hari ini

KUALA LUMPUR – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diseru untuk menebus baucar buku bernilai RM100, memandangkan hari ini adalah hari terakhir Program Baucar Buku Madani fasa dua.

Menurut MySISWAPLACE, portal yang diwujudkan Yayasan Perkasa Siswa menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengagihkan baucar buku sejak 30 Oktober lalu, pelajar masih berpeluang merebut baucar buku hari ini.

Katanya, selain membeli buku, pelajar juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

“Program Baucar Buku Madani Fasa 2 bertujuan menyokong keperluan akademik pelajar IPT dengan memberikan akses yang lebih mudah kepada bahan bacaan yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Baucar Buku Madani Fasa 2 ini dibuka sejak 30 Oktober lalu dan pelajar masih berpeluang mendapatkannya yang akan berakhir hari ini dengan melayari mysiswaplace.my.

Portal MySiswaPlace dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu bertujuan memperluas akses bantuan kebajikan dan geran bagi mahasiswa dengan lebih efisien dan pantas.

Data terkini menunjukkan hampir 500,000 baucar ditebus dengan 60 peratus daripadanya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 29 peratus pelajar institusi pengajian tinggi swasta (PTS) dan 10 peratus pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Menurut kenyataan itu, peningkatan kadar penebusan menunjukkan tahap kesedaran tinggi pelajar mengenai manfaat program, malah turut mencerminkan komitmen mereka dalam memanfaatkan inisiatif disediakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan mereka.

Katanya, program itu bukan hanya mempermudah pembelajaran mahasiswa tetapi juga memperkukuh ekosistem pendidikan di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, kejayaan ini turut disokong lebih 900,000 naskhah buku fizikal dan langganan e-buku yang dijual melalui platform MySiswaPlace melibatkan kerjasama lebih 300 syarikat penerbit, pengedar dan penjual buku di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button