MetMalaysia ramal beberapa negeri dilanda hujan lebat, angin kencang malam ini
PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa negeri, malam ini.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, negeri-negeri yang dijangka terjejas ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
“Di Kedah, cuaca buruk dijangka melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, kawasan yang terlibat termasuk Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang, serta Muallim,” kata MetMalaysia dalam kenyataan itu, hari ini.
Bagi Pahang, ribut petir diramalkan melanda Raub dan Bentong, sementara di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Di Negeri Sembilan pula, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau termasuk dalam kawasan yang menerima amaran cuaca buruk.
“Johor turut terkesan dengan keadaan ini, melibatkan kawasan Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Sementara itu, di Sabah, kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom dan Nabawan diramal mengalami keadaan cuaca yang sama,” tambahnya.
Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.
Orang ramai turut disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune