Berita Semasa

Lebih banyak inisiatif perkukuh komuniti India akan diumumkan pada 2025

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak inisiatif bagi memperkukuhkan lagi ekonomi komuniti India pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, semua langkah ini merupakan kesinambungan daripada pengumuman tujuh inisiatif yang dibuat pada tahun 2024.

“Sudah tentu ada (berita baik) dan saya akan umumkan apabila tiba masanya nanti. Sudah pasti Kerajaan MADANI komited memastikan kesinambungan ini berterusan,” katanya dalam satu kenyataan sempena Tahnun Baharu 2025, hari ini

Ramanan berkata, pelbagai proses penambahbaikan telah dirancang untuk tahun 2025 dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau kemudiannya menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan beliau menggerakkan dan mengilhamkan lagi program yang dapat memberi manfaat melalui agensi-agensi kerajaan lain juga.

“Ini selaras dengan pimpinan Kerajaan MADANI yang komited dalam pegangannya untuk membela nasib semua bangsa di negara ini.

“Beliau (PM Anwar) turut menyarankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) supaya mengusahakan lebih banyak inisiatif untuk komuniti India,” ujarnya.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu yang diberikan tugas dan tanggungjawab menjaga kepentingan komuniti India turut menaruh harapan tinggi bahawa tahun 2025 ini akan memberikan kemakmuran kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia termasuk masyarakat India.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button