Jenayah & Mahkamah

Fahmi Reza direman hingga esok – Peguam

KOTA KINABALU – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Fahmi, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli.

Laporan media sebelum ini menyebut, Fahmi ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Pereka grafik itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, dia ditahan susulan lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan yang dilukisnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button