Berita SemasaLuar Negara

Dua wakil MAPIM terkorban dalam serangan Israel di Gaza

KUALA LUMPUR -Dua pegawai kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di kawasan Hospital Al-Wafa, Gaza, hari ini.

Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby berkata, pihaknya amat berdukacita atas pemergian As-Shaheed Shadi Afana dan As-Shaheed Saed Al-Ghafir.

“Kedua-dua mereka adalah insan yang luar biasa berdekikasi, sentiasa mengiringi dan membantu misi-misi kemanusiaan di Gaza.

“Sejak 10 tahun lalu, mereka menjadi wakil MAPIM dan rakyat Malaysia dalam menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan kepada saudara kita di bumi Gaza.

“Pengorbanan mereka dalam perjuangan ini adalah manifestasi keikhlasan dan keberanian yang tidak ternilai,” katanya dalam kenyataan di Facebook MAPIM hari ini.

Dalam kenyataan itu, Sani mendoakan kedua-duanya diberikan ganjaran syurga oleh Allah S.W.T atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

“Berehatlah wahai sahabat-sahabat kami di syurga, kerana Allah lebih mengasihi kalian.

“Hasbunallah wani’mal wakeel.” Kepada Allah jualah kami berserah.

“Semoga Allah SWT menempatkan mereka di kalangan para Syuhada dan memberikan kedudukan tertinggi di Jannah Al-Firdaus,” katanya.

Dalam pada itu, MAPIM mengutuk keras serangan Israel dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan sehingga mengorbankan insan yang banyak membantu orang lain.

“Al-Fatihah buat As-Shaheed Shadi Afana dan As-Shaheed Saed Al-Ghafir,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button