Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang Kembali lagi

PUTRAJAYA – Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang iaitu Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025 bakal kembali lagi untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun depan.

Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal berkata, bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagai aktiviti dan juga reruai akan dibuka bermula 28 Februari depan sehingga ke ambang malam 1 Syawal.

Beliau berkata, konsep Anjung Syawal kali ini akan menonjolkan serta meraikan kekayaan budaya Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun rakyat Malaysia terutamanya kebudayaan Melayu sama ada di bandar atau di kampung.

Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal dilantik menjadi pengurus acara Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya 2025 oleh Perbadanan Putrajaya.

“Konsep Anjung Syawal kali ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga memasukkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.

“Ia juga berhasrat bagi menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini dalam usaha menarik minat semua golongan masyarakat terutama generasi muda.

“Sebagai penganjur, kami mahu menerapkan rasa kecintaan terhada terhadap tradisi dan terus menerus menghargainya walaupun masyarakat kini dilanda arus kemodenan digital serta budaya luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rayme menambah, antara kelainan baharu Anjung Syawal apabila memperkenalkan segmen Pangkin Seni dan Serambi Santai bagi menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan ruang melepak untuk pengunjung beristirehat.

Festival Ramadan Putrajaya terkenal sebagai lokasi popular tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan dalam suasana berkelah iaitu di kawasan lapang padang rumput di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Menurutnya, bagi mengekalkan tarikan tahun ini, khemah lutsinar dan berlampu akan turut disediakan di kawasan Anjung Syawal untuk pengunjung berbuka puasa sebagai tarikan bazar itu.

Kata beliau, pengunjung juga tidak perlu bimbang kerana lebih 2,000 tapak parkir kenderaan disediakan bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai disediakan di sekitar kawasan utama Presint 3.

“Dengan harga bayar yang rendah, kami berharap kemudahan parkir ini dijangka akan melegakan pengunjung untuk memudahkan urusan mencari barangan atau mengikuti aktiviti yang sudah disediakan.

“Pada masa, antara lain ialah kemudahan menunaikan solat, berjemaah dan tarawih juga berhampiran dengan lokasi iaitu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selain Badar Ramadan di Kawasan berdekatan.

Keunikkan Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya 2025 akan memperkenalkan segmen Pangkin Seni dan Serambi Santai.

Peniaga boleh mendapatkan booth jualan segera dengan harga yang berpatutan untuk berniaga selama lebih 30 hari.

“Jadi jangan lepaskan peluang hadirkan diri ke Anjung Syawal FRP 2025 ini supaya orang ramai dapat merasai sendiri suasana meriah, santai dan unik yang mungkin tidak ada di tempat lain,” katanya.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan ruang niaga hubungi di talian +6013 5086807

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button