Berita Semasa

Taman Kucing Cyberjaya ditutup tiga hari mulai 5 Jan

CYBERJAYA – Taman Kucing di Taman Tasik Cyberjaya di sini, akan ditutup sementara kepada orang awam selama tiga hari mulai 5 Januari depan.

Menurut pusat perlindungan haiwan itu dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, taman kucing seluas 1,000 kaki persegi itu ditutup bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Mula dibuka sejak Februari, Taman Kucing Cyberjaya mampu menempatkan 200 hingga 300 kucing pada satu-satu masa.

Taman berkenaan dilengkapi klinik, unit rawatan rapi, unit pemulihan dan unit rawatan ibu dan anak kucing.

Selain itu, taman tersebut turut menawarkan perkhidmatan mengambil kucing angkat sebagai haiwan peliharaan.

Dikendalikan Majlis Perbandaran Sepang, pihak berkuasa tempatan itu turut melantik panel doktor veterinar supaya kesihatan haiwan berkenaan terjaga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button