Berita SemasaJenayah & Mahkamah

PU Azman dipenjara 6 Tahun, satu sebatan atas kesalahan amang seksual fizikal

SHAH ALAM – Bekas pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Azman Syah, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali, yang kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan terhadap pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku Musim Ketiga’ itu.

Hakim juga memerintahkan Azman Syah atau lebih dikenali sebagai PU Azman menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini, selain perlu menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Pada 17 Disember lalu, Azman Syah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin turut memerintahkan Azman Syah menjalani sesi kaunseling selain pengawasan polis masing-masing selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Terdahulu pada 6 Disember, Azman Syah telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, dua tahun lalu.

Sebelum itu pada 27 September Azman Syah diperintah menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button