Luar Negara

Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendalikan 13 penerbangan dalam 48 jam

SEOUL – Pesawat Jeju Air yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan 179 nyawa semalam, didapati mengendalikan 13 penerbangan dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian.

Laporan agendsi Yonhap memberitahu, pesawat Boeing B737-800 itu didapati melakukan perjalanan antara Muan, Pulau Jeju dan Incheon, barat Seoul, dalam tempoh 48 jam.

Ia juga didapati telah mengembara ke destinasi antarabangsa, termasuk Beijing, Bangkok, Kota Kinabalu, Nagasaki dan Taipei.

Pemerhati industri menyuarakan kebimbangan sama ada Jeju Air mungkin memanjangkan tempoh perkhidmatan pesawat itu secara berlebihan dengan menjadualkan penerbangan sewa yang berlebihan semasa musim puncak akhir tahun.

Sementara itu, pasukan penyelamat berjaya menemukan perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat malang berkenaan, lewat semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Korea memberitahu, bahagian luar perakam data penerbangan itu mengalami sedikit kerosakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button