Berita Semasa
Kebakaran musnahkan sebahagian berek PGA Batalion ke-10
SIBU – Tujuh daripada 10 pintu sebuah berek di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-10, Jalan Upper Lanang di sini musnah terbakar, malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian pada kira-kira pukul 7.05 malam, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati tujuh pintu telah terbakar 100 peratus manakala tiga pintu berjaya diselamatkan.
“Jumlah penghuni adalah 21 orang dari tujuh pintu manakala tiga pintu tidak berpenghuni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, dengan semua penghuni terselamat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune