Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Hina Agong: Mahkamah dapati Iswardy Morni bersalah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mendapati aktivis Iswardy Morni bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk M M Edwin Paramjothy selepas mendapati tertuduh gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Walau bagaimanapun, Paramjothy menangguhkan hukuman kepada 23 Januari ini untuk mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan berhubung rayuan untuk diringankan hukuman.

Pada 1 Jun 2021, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Facebook dengan nama Iswardy Morni Official, dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di sini pada jam 3 petang, 29 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Oktober lalu, mahkamah memerintahkan Iswardy membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Rahman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button