Luar Negara

Gear gagal berfungsi, pesawat Air Canada tergelincir dan fiuslaj terbakar

NOVA SCOTIA – Penumpang dan kru pesawat penerbangan Air Canada AC2259 cemas apabila pesawat itu tergelincir dari landasan dan sebahagian fiuslajnya terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada, pada Ahad.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi hingga menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan melibatkan pesawat yang membawa seramai 80 penumpang itu.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang mengorbankan 179 penumpang.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button