Anggota penyelamat masih teruskan operasi di kawasan nahas
MUAN – Anggota penyelamat masih meneruskan operasi meneliti meneliti lokasi serpihan pesawat penumpang yang terhempas di Lapangan Antarabangsa Muan, di sini semalam.
Nahas udara terburuk melibatkan syarikat penerbangan Korea Selatan dalam tempoh hampir tiga dekad itu mengorbankan 179 orang.
Dua anggota kru terselamat dan sedang dirawat di hospital akibat kecederaan.
Semalam, pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan 7C2216 dari ibu kota Thailand, Bangkok dengan 175 penumpang dan enam kru di atas kapal dilaporkan cuba mendarat sejurus selepas jam 9 pagi (0000 GMT) di lapangan terbang di selatan negara.
Pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas tanpa tayar, difahamkan akibat terlanggar burung menyebabkannya mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, ia terbabas lalu meletup ketika merempuh tembok penghadang di hujung landasan lapangan terbang tersebut.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune