‘Saya menteri untuk semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum, agama’ – Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menzahirkan komitmennya untuk terus mempromosikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
Tegas Naib Presiden DAP itu, beliau tidak gentar dengan ancaman ‘ekstremis’ dan akan terus mempertahankan kebebasan asas negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya adalah menteri untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Saya akan terus mempromosikan keharmonian kaum dan agama.
“Saya juga akan terus mempertahankan kebebasan asas negara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan tunduk kepada ancaman ekstremis. Demi Pertiwi,” katanya dalam satu hantaran di X milik beliau hari ini.
Menerusi hantaran yang sama, Kor Ming turut menggunakan tanda pagar #AnakKelate dan #MalaysiaMADANI.
Semalam, Kor Ming menempelak Pas atas sikap hipokrit parti itu berhubung sambutan Hari Krismas yang diadakan di pejabat KPKT di Putrajaya, baru-baru ini.
Susulan itu, Pas dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kor Ming berhubung kenyataannya yang didakwa melabel Pas sebagai ‘sesat’, ‘menyebar ajaran sesat’, dan ‘menunggang agama’.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu membantah kenyataan Kor Ming yang disifatkan sebagai melampau dan terlalu beremosi.
“Sejak selepas kemerdekaan, tidak pernah berlaku kementerian atau agensi kerajaan menganjurkan program keagamaan selain Islam secara terbuka di premis kerajaan, apatah lagi melibatkan pegawai Islam
“Kenyataan tersebut turut menuduh Pas ‘menyekat sambutan Krismas’ serta ‘merosakkan keharmonian masyarakat’,” tegasnya dalam satu kenyataan media di Facebook hari ini.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune