Nahas pesawat di ruang udara Rusia: Putin hubungi Presiden Azerbaijan mohon maaf
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin meminta maaf kepada rakan sewajatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev susulan insiden tragik di ruang udara Rusia, di mana pesawat Azerbaijan Airlines terhempas selepas pertahanan udara Rusia menembak jatuh dron Ukraine.
Menurut kenyataan Kremlin, Putin menghubungi Ilham Aliyev dan memohon maaf atas insiden tragik yang berlaku di ruang udara Rusia dan turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, selain mengharapkan mangsa yang cedera segera pulih.
Penerbangan J2-8243, yang dalam perjalanan dari Baku ke ibu kota Chechnya, Grozny, terhempas pada Rabu lalu berhampiran Aktau di Kazakhstan, dengan sekurang-kurangnya 38 orang terkorban.
Walaupun kenyataan Kremlin tidak menyebut Rusia menembak jatuh pesawat tersebut, ia hanya menyatakan pakar awam dan tentera sedang disoal siasat mengenai insiden tragik itu.
Menurut Kremlin lagi, Putin juga menghubungi Kassym-Jomart Tokayev, rakan sejawatannya di Kazakhstan, untuk menyampaikan ucapan takziah susulan kemalangan tersebut.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjawab soalan yang diajukan mengenai sama ada Putin seharusnya bertanggungjawab atas kemalangan itu.
“Jelasnya dia sudah melakukannya, tetapi saya belum bercakap dengannya atau pasukan saya,” kata Biden.
Terdahulu, Rumah Putih menyatakan bahawa mereka telah menerima petunjuk awal yang menunjukkan pesawat tersebut mungkin dijatuhkan oleh sistem pertahanan udara Rusia dan menambah bahawa Washington telah menawarkan bantuan dalam siasatan kemalangan itu.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune