Berita SemasaPM X

Nahas Jeju Air: PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melahirkan rasa sedih yang mendalam atas kemalangan pesawat tragik yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, hari ini.

Anwar berkata, fikiran beliau adalah bersama keluarga serta orang tersayang yang kehilangan nyawa dalam tragedi menyayat hati itu.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand dalam tempoh kesedihan ini. Saya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada semua pihak yang terkesan oleh insiden tersebut.

“Ketika kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, menghargai orang tersayang, kehilangan ini mengingatkan kita betapa berharganya dan rapuhnya kehidupan.

“Marilah kita luangkan sedikit waktu untuk menghargai mereka yang berada di sekitar kita,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, sebuah pesawat yang membawa 181 orang, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.

Difahamkan, pesawat itu membawa 175 penumpang bersama enam anak kapal dan setakat ini, 85 mangsa disahkan maut, manakala baki yang sebelum ini dilaporkan parah pula dianggap sudah meninggal dunia.

Nahas dilaporkan berlaku ketika pesawat Jeju Air yang sedang dalam penerbangan dari Thailand itu mendarat di lapangan terbang terbabit.

Laporan awal mendapati, dua individu ditemui masih hidup ketika misi menyelamat dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button