Berita SemasaLuar Negara

Nahas Jeju Air: Kru kabin tidak ingat apa-apa pasal kejadian

SEOUL – Salah seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Jeju Air langsung tidak mempunyai sebarang ingatan mengenai kejadian sebaik selepas menerima rawatan.

Ketika ditanya oleh para doktor di Hospital Mokpo Hankook, mangsa yang merupakan kru kabin pesawat itu seperti langsung tidak sedar mengenai kejadian itu malah bertanya kenapa dia dirawat di hospital.

Perkara terakhir yang dapat diimbau mangsa adalah ketika memasang tali pinggang keledar sebagai persediaan sebelum pesawat mendarat.

Pramugara yang mengalami kecederaan pada bahu dan kepala itu berkata, ketika itu dia berada pada bahagian belakang pesawat.

Seorang lagi mangsa yang terselamat adalah pramugari yang turut dirawat di hospital yang sama.

Pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan 2216 dari Thailand meletup ketika melakukan pendaratan tanpa tayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada pukul 9 pagi waktu tempatan, hari ini.

Pesawat malang itu membawa 181 penumpang dan anak kapal.

Kejadian juga dipercayai berpunca daripada perlanggaran enjin pesawat dengan burung seperti yang terakam dalam video yang disiarkan oleh stesyen TV tempatan.

Saksi lain turut melaporkan melihat letupan pada bahagian enjin ketika pesawat terbang rendah untuk mendarat.

Salah seorang daripada keluarga penumpang yang terkorban juga melaporkan menerima mesej daripada mangsa yang mengatakan pesawat tidak boleh mendarat kerana perlanggaran dengan burung.

Mangsa tidak dapat dihubungi selepas itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button