AgamaBerita Semasa

Aktiviti aneh di kubur: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) jalankan siasatan

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia susulan video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu berhimpun di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Na’im berkata, pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan.

“Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Semua pihak juga adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam,” ujarnya lagi.

Terdahulu, individu yang menggunakan nama Rizuwan Rosly di Facebook itu turut berkongsikan beberapa video di akaunnya mengenai aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan itu.

Dia memberitahu, pada awalnya dia menyangka sekumpulan individu yang memakai pakaian serba putih itu berzikir di salah sebuah kubur di tanah perkuburan berkenaan.

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan dia mengakui keadaan itu agak aneh dan mendakwa kumpulan terbabit kelihatan seolah-olah sedang melakukan ritual pemujaan.

“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memujalah pula. Ini kubur dekat Danau Kota,” katanya dalam hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button