28 maut dalam nahas pesawat Korea Selatan – Yonhap
SEOUL – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh selepas sebuah pesawat keluar dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini, lapor agensi berita Yonhap.
Kejadian itu berlaku ketika penerbangan Jeju Air 7C2216, yang membawa 175 penumpang dan enam kru dari ibu kota Thailand, Bangkok, mendarat di lapangan terbang di selatan negara tersebut, menurut laporan itu.
Dua orang ditemui masih hidup dan operasi menyelamat masih diteruskan, kata seorang pegawai bomba Muan yang tidak dapat mengesahkan laporan mengenai 28 orang yang maut.
Seorang pegawai lapangan terbang memberitahu, pihak berkuasa kini sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bahagian ekor pesawat.
Presiden sementara Korea Selatan, Choi Sang-mok, mengarahkan usaha penyelamatan dilakukan secara sepenuhnya, menurut pejabatnya.
Sementara itu, jurucakap Jeju Air berkata, syarikat penerbangan itu sedang memeriksa laporan-laporan tersebut.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune