Politik

‘Seperti yang dijangkakan…’ – Ketua Pemuda UMNO

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata beliau sudah menjangkakan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

“Seperti yang dijangkakan. Allah SWT maha berkuasa, kepada Allah kita berdoa agar keadilan untuk Najib,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Hantaran itu dibuat dipercayai bagi mengulas berkenaan kenyataan AGC hari ini mengenai permohonan pengampunan di Wilayah Persekutuan perlu dikemukakan semula kepada Lembaga Pengampunan.

“Sekadar pertanyaan kepada Peguam Negara, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong ketika itu, ada ke dibawa ke Lembaga Pengampunan?” kata Dr Akmal dalam hantaran itu lagi.

Terdahulu, AGC dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi pengampunan, menunda dan melegakan hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Menurut kenyataan tersebut, Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan pula antara lain memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button