LHDN umum 26 pempengaruh barisi RASH 2.0
Bekerjasama hasilkan kandungan promosi, sebarluas informasi percukaian
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menjalinkan kerjasama dengan semua pihak dalam memastikan tanggungjawab terhadap pembangunan negara digalas bersama-sama.
Terbaharu, LHDN melantik seramai 26 orang pempengaruh media sosial menerusi program Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0 bagi membantu mempromosi dan menyebarluas informasi percukaian menerusi media sosial.
“Seiring dengan persekitaran dan perkembangan mediabaharu, LHDN melihat platform ini dapat digunakan dengan cara terbaik.
“LHDN akan terus mengiktiraf para pempengaruh serta kreativiti dan karya yang dihasilkan mereka untuk mempromosi jenama LHDN melalui penciptaan kandungan dengan gaya tersendiri, khususnya yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara,” kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.
Program ini merupakan kesinambungan kepada RASH 1.0 di mana pelantikannya kini diperluaskan kepada para pempengaruh dari seluruh negeri.
Pempengaruh yang dilantik dalam program RASH 2.0 ini terdiri daripada individu yang terlibat dalam pelbagai bidang dan latar belakang antaranya keusahawanan, agama, lakonan, pengacaraan, nyanyian, perubatan, fesyen dan gaya hidup, makanan, kecergasan dan kesihatan, produk kecantikan, pengurusan kewangan, keibubapaan, pakar keselamatan dan sebagainya.
“Pelantikan mereka dilihat sebagai satu perspektif baharu dalam membentuk persepsi baik dalam kalangan masyarakat umum khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan yang positif mereka khususnya melibatkan LHDN.
“Faktor keterlihatan (visibility) dan jangkauan (reach) merupakan aset penting pada pempengaruh yang dilihat mampu menggandakan usaha LHDN menyebarluas agenda kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya dapat meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara,” katanya lagi.
Senarai pempengaruh RASH 2.0 yang dilantik bagi tahun 2025:
IBU PEJABAT LHDN – Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dr. Azizul Azli Ahmad, Daniel James Tyler, Ahmad Nabil Ahmad, Raifanabillah Zulkifli, Khairul Masnizam Abdullah, Adzren Adnan, Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman, Sean Lee Jia Ern, Wee Yun Nee dan Amin Idris
NEGERI SEMBILAN – Ahmad Nubhan Ahamad
PULAU PINANG – Noorazira Pissal
JOHOR – Masitah Mohd Afandy
PERLIS – Sharifah Syafeenaz Syed Azmir
KEDAH – Siti Nabilah Dol Bahrin
SARAWAK – Mohamad Afiq Wahed
KELANTAN – Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim
MELAKA – Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad
TERENGGANU – Khairil Zuhdi Khairuddin
WP PUTRAJAYA – Asyraf Arsad
PERAK – Amira Nur Azrina Norharizan
WP KUALA LUMPUR – Siti Hawa Mohd Nor
SELANGOR – Kamalaffandi Hashim
PAHANG – Raihan Abdul Rahim
SABAH – Mohd Farish Aziz Sulaiman
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune