Berita SemasaSukan

CR7 beri bayangan kembali ke Man Utd

DUBAI – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo membayangkan akan kembali ke Manchester United, bukan sebagai pemain tetapi sebagai pemilik.

Lapor Reuters, Ronaldo, 39, mendakwa dia mampu memperbaiki bekas kelab yang disayanginya itu yang kini dalam keadaan tenat.

Beliau turut turut mempertahankan rakan senegaranya, Ruben Amorim dengan menegaskan pengendali itu tidak patut dipersalahkan dengan apa yang berlaku di Old Trafford ketika ini.

“Liga Perdana Inggeris adalah liga paling sukar di dunia. Semua pasukan bagus, semua pasukan berjuang dan bersaing sengit. Bola sepak berbeza di sana. Tidak ada perlawanan yang mudah.

“Bagi saya, masalahnya ialah bukan jurulatih. Saya sentiasa berikan contoh ini, ia seperti akuarium.

“Jika anda ada ikan yang sakit di dalamnya, anda keluarkan ia dan atasi masalahnya, kemudian masukkan ia semula di dalam akuarium, ia akan sakit semula.

“Masalah Manchester United begitu juga. Masalahnya bukan kerana jurulatih. Ia jauh lebih daripada itu.

“Jika saya menjadi pemilik kelab, saya akan menjernihkan keadaan dan memperbaiki masalah di sana,” kata Ronaldo di majlis Anugerah Bolasepak Dubai.

Ronaldo sebelum ini lantang mengkritik keluarga Glazer yang memiliki United sejak tahun 2005.

Menurut Ronaldo, Joel dan Avram Glazer tidak mempedulikan kelab dan hanya memikirkan soal keuntungan.

“Pemilik kelab, keluarga Glazers, mereka tidak mempedulikan kelab ini. Mereka akan mendapat keuntungan daripada pemasaran – daripada segi sukan, mereka tidak peduli,” katanya.

Man Utd kini menduduki tangga ke-14 liga, dengan 22 mata setelah 18 perlawanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button