Arsenal ‘hilang’ Saka
LONDON – Arsenal terpaksa melupakan khidmat pemain sayap berbisa, Bukayo Saka, 23, selama lebih dua bulan selepas penyerang The Gunners itu menjalani pembedahan kecederaan hamstring.
Perkara itu dimaklumkan jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.
“Dia sedang mengikuti prosedur, dan semuanya berjalan lancar, namun malangnya dia akan tersisih selama beberapa minggu.
“Biarpun begitu saya fikir ia akan menjadi lebih daripada dua bulan. Ia bergantung pada proses kesembuhan tisu… kita tunggu dan lihat, sangat sukar untuk menjangkakannya,” kata Arteta selepas Gunners menewaskan Ipswich Town 1-0 di Stadium Emirates, semalam.
Saka yang telah menjaringkan lima gol dengan 10 bantuan pada musim ini, terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace, baru-baru ini.
Pada Oktober dan November, tonggak England itu terlepas tiga perlawanan Liga Negara serta kekalahan 0-2 aksi liga di Bournemouth dan kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara ke atas kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk kerana kecederaan yang sama.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune