Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Wanita bakar motosikal mahu ditarik bank ditahan polis

TAIPING – Wanita berusia 40 tahun yang bertindak membakar motosikal dipercayai miliknya ketika kenderaan itu mahu ditarik pihak bank ditahan polis pada pukul 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asistan Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, suspek ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Masjid Pokok Assam daripada seorang lelaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian selepas didatangi individu yang mahu menarik motosikal jenis Honda RSX yang didakwa mempunyai tunggakan bayaran selama 20 bulan.

“Wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan telah mencurahkan minyak petrol ke atas motosikal berkenaan dan kemudian membakarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Kanun tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam video yang tular semalam, seorang wanita bertindak mencurahkan petrol ke atas sebuah motosikal dan menyalakannya dengan segulung kertas yang dibakar.

Video berkenaan dipercayai dirakam oleh individu penarik kenderaan yang mendakwa motosikal berkenaan mempunyai tunggakan 20 bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button