Berita Semasa

Pempengaruh media sosial iamNazirul meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan suasana kampung, Nazirul Hakim atau lebih dikenali iamNazirul atau Kampung Boy telah kembali ke rahmatullah semalam.

Difahamkan Allahyarham, 29, meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Berita pemergian personaliti media sosial berusia 29 tahun itu dikongsi rakannya, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi hantaran di Facebook.

“Telah pergi sahabat saya Nazirul Hakim Arman ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.

“Teringat saya permusafiran bersama beliau di Semporna beberapa tahun lepas ketika menjalankan misi kemanusiaan. Masa tu kami duduk sebilik. Bila saya bercerita, beliau diam je mendengar dengan minat.

“Tapi bila beliau berkongsi tentang rumah kampung, binaan rumah dulu-dulu, masa tu wajahnya kemain ceria. Passion sungguh Nazirul dengan benda-benda macam tu, Masyaallah!,” tulis penceramah motivasi itu hari ini.

Akhi Fairuz turut menyifatkan Allahyarham Nazirul Hakim sebagai sahabat yang baik dan mudah didekati kerana sifatnya yang lemah lembut.

“Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun. Semoga syurga buatmu sahabat. Amin Ya Rabb,” katanya.

Allahyarham Nazirul Hakim yang mempunyai lebih 187,000 pengikut di Instagram pernah menerima Key Opinion Leader Of The Year Award oleh kerajaan Perak melalui Tourism Perak atas sumbangnya mempromosikan pelbagai lokasi menarik di negeri berkenaan melalui media sosial miliknya pada Oktober lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button