Calalyly Surprise & Dessert tawar manisan memikat selera
“UMI, kedai Calalyly Surprise & Dessert dekat Kajang jauh tak dari rumah kita? Alawi teringin nak makan benda-benda manis.”
Demikian permintaan anak sulung penulis, beberapa hari selepas keluar dari hospital akibat pengsan di bilik air hingga cedera di dahi.
“Kalau ikut Waze ni, dalam 30 minit saja. Nak pergi ke?” Laju saya melakukan pencarian di aplikasi navigasi tersebut.
Sambil tersenyum anak bujang terus menganggukkan kepala.
Sebaik tiba di premis tersebut yang terletak di Prima Saujana, saya pula yang teruja melihat pelbagai jenis manisan yang ditawarkan.
Semuanya kelihatan menarik dan membuka selera.
Ada coklat Kunafa Dubai, durian crepe, dessert viral milkbun Bangkok, kek tapak kuda, buko, cha bang ang, air jelly, puding, kerepek, variasi kek dan banyak lagi.
Senang cerita, rambang mata nak buat pilihan.
Selepas beberapa kali ‘tawaf’ mengelilingi rak jualan dan peti sejuk, barulah masing-masing mendapatkan barang yang diinginkan.
Kakitangan yang ada juga sangat ramah melayan meskipun pelanggan agak ramai.
“Boleh cuba kerepek ni, ya. Semua ada tester. Rasa saja, tak nak beli tak apa,” ujar seorang pekerja lelaki penuh berbudi bahasa.
Sejuk hati pelanggan apabila menerima layanan sedemikian.
Justeru, jika anda pencinta manisan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai hidangan pemanis mulut yang ditawarkan di kedai ini yang turut menyediakan perkhidmatan penghantaran sebagai kejutan untuk insan tersayang.
Berbeza daripada kedai manisan biasa, Calalyly Surprise & Dessert dikenali dengan koleksi pemanis mulut yang bukan sahaja enak tetapi juga popular dalam kalangan masyarakat tempatan.
Selain itu, ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah pelanggan, menjadikan ia pilihan ideal untuk mereka yang ingin menikmati makanan tanpa perlu bersusah-payah keluar.
Sama ada untuk acara istimewa, hadiah buat yang tersayang atau sekadar memanjakan diri sendiri, Calalyly Surprise & Dessert sedia memenuhi keperluan anda.
Untuk tempahan, pelanggan boleh menghubungi mereka melalui WhatsApp atau mengikuti laman media sosial Calalyly Surprise & Dessert untuk melihat promosi terkini serta menu istimewa yang ditawarkan.
Alhamdulillah, rezeki penulis tempoh hari borong manisan tetapi semuanya dibayar oleh anak soleh yang budiman.
Calalyly Surprise & Dessert
C-16-GB, Jalan Prima Saujana 2B, Prima Saujana, Kajang, Selangor.
No. Telefon: 019-344 1347
Dibuka setiap hari: 8 pagi – 9 malam
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune