Berita SemasaSukan

Amorim kekal dengan pendirian tidak masukkan Rashford dalam skuad Manchester United

MANCHESTER – Prestasi buruk Manchester United berterusan selepas tewas 2-0 kepada Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi, dengan pengurus pasukan, Ruben Amorim masih memilih untuk tidak memasukkan penyerang Marcus Rashford dalam perancangannya.

Rashford tidak disenaraikan dalam skuad ketika menentang Wolverhampton Wanderers, yang merupakan perlawanan keempat berturut-turut pemain berusia 27 tahun itu tidak tersenarai.

Rashford pada awalnya dikeluarkan selepas menyatakan mahu mencari cabaran baru, malah selepas kekalahan kepada Wolves, pemain kebangsaan England itu masih tidak termasuk dalam perancangan Amorim.

“Ia sentiasa alasan yang sama. Kami perlu kekal profesional, menjadi orang yang sama, sama ada menang atau kalah. Apabila kalah, saya perlu lebih kuat. Saya akan terus dengan idea saya hingga akhir.

“Jika dia tiada di sini, anda boleh buat keputusan sendiri,” kata Amorim apabila ditanya sama ada Rashford telah menunjukkan reaksi yang diperlukan untuk dikembalikan ke dalam perancangannya.

United kini telah kalah empat daripada lima perlawanan Liga Perdana dan mereka semakin tertekan di Molineux apabila kapten Bruno Fernandes dibuang padang dua minit selepas separuh masa kedua kerana kad kuning kedua ketika kedudukan masih 0-0.

Sementara itu, Amorim enggan mengkritik Fernandes atau Onana, dengan mengatakan penjaga golnya telah dihalang.

“Saya rasa (Onana) tidak dapat pergi ke bola. Dia cuba mencapai bola dan beberapa pemain tidak pun melihat bola, tetapi saya tidak mahu memberi tumpuan pada itu,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button