Berita SemasaLuar Negara

Rakyat Malaysia di Mozambique selamat

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat konflik di Mozambique termasuk ibu negaranya, Maputo.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria, seramai 20 rakyat Malaysia yang kini menetap di Mozambique disahkan selamat daripada rusuhan dan pergolakan yang sedang berlaku di negara tersebut.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan bahawa perkembangan situasi di kawasan bandar utama dipantau dengan rapi.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana melalui Konsul Kehormat di Mozambique.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai rakyat kita yang terjejas akibat insiden tersebut,” jelas kenyataan itu.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Mozambique untuk mendaftar melalui sistem E-Konsular dan kekal berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi bagi mendapatkan bantuan jika diperlukan.

Selain itu, mereka yang tiada keperluan mendesak disaran supaya menangguhkan perjalanan ke Mozambique buat masa ini.

Bagi urusan kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria menerusi alamat dan nombor telefon berikut: Suruhanjaya Tinggi Malaysia, No. 1007, Francis Baard Street, Arcadia, Pretoria 0083; Telefon: +27 (12) 342 5990; E-mel: mwpretoria@kln.gov.my.

“Kementerian terus komited untuk melindungi keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara serta akan memberikan perkembangan terkini jika ada,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, laporan antarabangsa menyatakan bahawa rusuhan yang tercetus berikutan pertikaian keputusan pilihan raya di Mozambique telah mengorbankan 21 orang, termasuk dua pegawai polis.

Keputusan pilihan raya 9 Oktober lalu menyaksikan parti Mozambique Liberation Front (Frelimo), yang memerintah selama 49 tahun, sekali lagi dipilih. Namun, pembangkang mendakwa berlaku penipuan dan enggan menerima keputusan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button