Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Kerajaan anjur Forum Ekonomi Malaysia 2025, bincang keutamaan dasar ekonomi tahun mendatang

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025), yang bakal menyentuh mengenai keutamaan serta dasar Malaysia bagi tahun 2025 pada 9 Januari depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucaptama semasa forum itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Pelbagai topik utama akan dibincangkan termasuklah inovasi dan teknologi, peluang pelaburan di Malaysia, peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan strategi menghadapi cabaran ekonomi global.

“FEM2025 juga bakal menghimpunkan pemegang taruh daripada pelbagai sektor untuk membincangkan isu-isu ini,” kata Rafizi dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Menurut laman web FEM2025, acara tahunan ini akan menilai kemajuan inisiatif kerajaan untuk jangka masa sederhana dan menetapkan naratif bagi tahun 2025.

“Dengan Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Mlaysia perlu untuk merebut peluang yang ada di hadapan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, forum selama sehari itu akan menghimpunkan pemimpin berpengaruh daripada akademik, industri serta wakil kerajaan.

Pemimpin yang terlibat termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.

Sebarang maklumat lanjut mengenai FEM2025 boleh didapati di laman sesawang https://fem.ekonomi.gov.my/agenda

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button