Berita SemasaRencanaSukan

Hari Keluarga Akademi Tunas Rembau U12 2024 hargai komitmen jurulatih, pasukan

SEBAGAI penghargaan terhadap dedikasi luar biasa jurulatih dan pasukan yang berjaya menggilap bakat anak-anak Akademi Tunas (AT) Rembau U12 di pentas bola sepak sepanjang tahun ini, sekumpulan ibu bapa tampil menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil dan Hari Keluarga yang penuh bermakna.

Program itu berlangsung meriah di Homestay Kampung Haji Sulaiman yang terletak di Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Zahiruddin (baju hitam, belakang) bergambar kenangan bersama pasukan AT Rembau U12 selepas menyampaikan sijil kepada mereka.

Majlis tersebut dianjurkan oleh ibu bapa pelatih sebagai ucapan terima kasih kepada pihak AT Rembau U12, khususnya kepada Ketua Jurulatih Pusat Rembau, Mohamad Noor Syafiq Samsudin kerana kesungguhan beliau dalam membawa nama pasukan ke persada negeri dan kebangsaan.

Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sembilan, Zahiruddin Amirudin, turut hadir menyampaikan sijil kepada pelatih sebagai pengiktirafan atas pencapaian mereka dalam pelbagai kejohanan yang disertai.

“Usaha para ibu bapa yang mengambil inisiatif menganjurkan majlis ini harus dipuji kerana ia dapat memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pemain dan komuniti sukan bola sepak,” ujarnya.

Pasukan AT Rembau U12 berjaya membuktikan kejayaan mereka dalam pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Zahiruddin juga berharap inisiatif seperti itu dapat dicontohi oleh Akademi Tunas lain di seluruh negara bagi memastikan bakat muda terus diketengahkan dan sukan bola sepak berkembang lebih pesat di Malaysia.

Sementara itu, wakil ibu bapa, Md. Sabri Md. Tulan menzahirkan rasa syukur atas perkembangan positif AT Rembau U12 di bawah bimbingan Coach Syafiq.

“Dahulu AT Rembau U12 agak kurang dikenali, tetapi kini ia berjaya menempatkan diri sebagai pasukan yang disegani di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kejohanan bola sepak Bright Cow Junior Cup antara pertandingan yang mereka sertai untuk menyerlahkan bakat peserta dalam sukan bola sepak.

“Terima kasih buat Coach Syafiq yang tidak jemu melatih anak-anak kami hingga ke tahap ini,” katanya.

Beliau kemudian menyampaikan rasa terima kasih kepada rakan penaja seperti Adabi, Ucci Art, Galeri Muslimah dan Kotaqu yang sudi menaja majlis tersebut.

Menyusuri kalendar tahun ini, pelbagai kejohanan telah disertai pasukan AT Rembau U12 dengan sokongan penuh ibu bapa.

Coach Syafiq bersama pasukan AT Rembau U12 berjaya menunjukkan prestasi membanggakan dalam pelbagai kejohanan yang disertai.

Antaranya ialah Bright Cow Junior Cup & NFDP Carnival 2024, Piala Carburator Cup 2024, NFDP Cup, LATZ Melaka, NFDP Series Negeri Sembilan Merdeka Cup 2024 dan CCNS Piala YDP Rembau.

Apa yang pasti tahun 2024 menyaksikan pencapaian cemerlang AT Rembau U12 yang telah bersaing di peringkat tertinggi.

Ini termasuklah menyertai kejohanan seperti MAFC Moncheh Cup, LATZ Zon Selatan dan Cameron Highland Open.

Aksi salah seorang peserta AT Rembau U12 dalam satu perlawanan bola sepak disertai pasukan tersebut.

Setiap kejohanan yang disertai menjadi platform untuk mengasah bakat pelatih dan secara tidak langsung membuka ruang lebih luas untuk mereka bersinar dalam dunia bola sepak.

Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara pelatih, jurulatih dan ibu bapa, dengan harapan untuk terus mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

Senarai pelatih AT Rembau U12 2024

1. Adam Harris Mohd Adree Zuzalee
2. Adam Naufal Suhaimi
3. Ahmad Nasih Yusri
4. Ahmad Al Musthofa Mohd Asrul Khuzaimi
5. Aidil Rafael Mustaza
6. Aryan Irfan Haikal Arizal
7. Muhammad Aiman Naufal Mohd Jeffri
8. Muhammad Ammar Md Sabri
9. Muhammad Ammar Naufal Arzeri
10. Muhammad Aqeel Naufal Ros Naqiudin
11. Muhammad Arif Fayyih Zahilmi
12. Muhamad Ashiq Zafreel Mohd Hirwan
13. Muhammad Danish Hakimi Izle
14. Muhammad Fahim Irfan Izamri
15. Muhammad Hafiy Adhwa Mohamad Hafiz
16. Muhammad Iman Naim Zainal
17. Muhammad Mu’iz Mohd Norhosny
18. Muhammad Noor Adli Affandi Mohd Afendi
19. Muhammad Nur Irfan Abdullah
20. Muhammad Rifdi Mohamad Riduan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button