
Tarian seksi di Kelantan : Penganjur dikenakan denda RM10,000
KOTA BHARU – Pihak penganjur majlis malam malam bagi syarikat perlombongan yang menampilkan tarian tidak sopan di Tanah Merah baru-baru ini dikenakan denda sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah memaklumkan bayaran denda tersebut telah dilunaskan oleh penganjur semalam.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil berdasarkan Seksyen 6 Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
“Pihak penganjur turut mengemukakan surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.
“Mereka juga telah menandatangani aku janji bersama PBT, di mana mereka bersetuju mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum menganjurkan sebarang acara pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Hilmi turut memaklumkan bermula 1 Januari 2025, hukuman denda bagi kesalahan sedemikian akan meningkat kepada RM50,000 selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024, yang memperkenalkan syarat lebih ketat.
Hilmi mengingatkan semua pihak yang bercadang menganjurkan aktiviti hiburan agar memohon kebenaran lebih awal bagi memudahkan semakan dan mengelakkan pelanggaran undang-undang.
Baru-baru ini, satu rakaman video berdurasi 31 saat tersebar di media sosial, memaparkan persembahan tarian oleh seorang wanita berpakaian seksi pada majlis makan malam syarikat perlombongan tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |