Berita SemasaLuar Negara

Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dengan 67 penumpang, 5 anak kapal

AKTAU (KAZAKHSTAN) – Sebuah pesawat dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia dilaporkan terhempas di kawasan persisir pantai di wilayah ini dengan 72 individu di dalamnya.

Menurut agensi berita Tengrinews, pesawat Azerbaijan Airlines itu terhempas berhampiran bandar Aktau selepas berdepan kesukaran kawalan.

Pesawat tersebut membawa 67 penumpang dan lima anak kapal.

Laporan awal mendakwa terdapat individu yang terselamat dalam insiden itu selepas pihak penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa.

Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan turut mengesahkan bahawa kebakaran berlaku di lokasi nahas.

Laluan pesawat Azerbaijan Airlines yang sebelum terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan.

Pesawat berkenaan pada asalnya dijadualkan mendarat di Grozny tetapi telah diarahkan ke Makhachkala sebelum diteruskan ke Aktau, menurut kenyataan pejabat media lapangan terbang Grozny.

Media Rusia melaporkan bahawa pesawat tersebut adalah jenis Embraer E190AR.

Sebelum insiden itu, pesawat dilaporkan berlegar-legar di ruang udara Lapangan Terbang Aktau dan meminta pendaratan kecemasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button