Berita Semasa

Misteri semakin menghantui, bukan kucing sahaja bangkai anjing turut ditemukan di UM

KUALA LUMPUR – Misteri kucing dilaporkan mati didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM) semakin menghantui warga universiti itu apabila seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.

Lebih menimbulkan kegusaran apabila, seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.

Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) menerusi satu kenyataan yang tular hari ini.

Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat. PPP

“Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.

Related Articles

“Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Masih dalam proses siasatan awal,” katanya kepada pemberita.

Kes terbaharu penemuan bangkai kucing di UM

Terdahulu, tular di media sosial penemuan dua haiwan iaitu kucing dan anjing yang dipercayai dibunuh dengan cara sama iaitu perut dibelah serta usus dikeluarkan.

Berdasarkan hantaran di media sosial, dianggarkan ada sekurang-kurangnya dua orang yang melakukan jenayah itu, supaya mereka dapat melakukannya dengan bersih dan tanpa disedari oleh sesiapa.

Kemungkinan ubat bius juga digunakan semasa melakukan jenayah itu bagi memastikan kucing dan anjing yang dipotong serta dikerat tidak mengeluarkan bunyi.

Sebelum ini, aktivis haiwan, Shima Aris tampil mendedahkan hasil pemeriksaan terperinci oleh doktor veterinar di sebuah klinik swasta terhadap kucing kelima mati bernama Lily yang turut melakukan ujian imbasan sinar-X ke atas bangkai haiwan malang berkenaan.

Sebelum Lily ditemukan mati, dua kucing lain yang keempat-empat kakinya seperti dipotong dan perutnya juga terbelah ditemukan tidak bernyawa di universiti itu.

Susulan kejadian itu, sebanyak 22 kucing liar di UM diselamatkan oleh sekumpulan sukarelawan yang prihatin dengan nasib haiwan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button