Hiburan

Keadaan drummer A.C.A.B., Zul Fitry yang rebah ketika konsert bertambah baik

KUALA LUMPUR – Pemain dram kumpulan A.C.A.B, Azizul Fitry, 49, yang rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika menjayakan Konsert 30th A.C.A.B Final Concert di Zepp Kuala Lumpur dilaporkan semakin bertambah baik.

Penyanyi dan pemain gitar utama A.C.A.B, Megat Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan terhadap Azizul atau mesra disapa Zul.

“Alhamdulillah, keadaan Zul Fitry semakin bertambah baik sekarang ini. Terima kasih buat semua yang telah membantu, menziarahi dan bertanyakan khabar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya semalam.

Katanya, menurut maklumat terkini, Zul Fitry dijangka dibenarkan pulang ke rumah hari ini untuk berehat.

Dalam kenyataan itu juga, semua pihak diseru untuk terus mendoakan agar Zul dapat kembali sihat seperti sediakala.

“Insya-Allah, Zul esok dah boleh pulang ke rumah dan dia perlu banyakkan berehat buat masa ni. Marilah kita bersama doakan kepulihan untuk Zul agar dia dapat kembali sihat seperti sedia kala,” tambah kenyataan tersebut.

Pada Sabtu lalu, konsert kumpulan rock alternatif yang memperjuangkan imej subbudaya digelar ‘skinhead’ dan aliran muzik Eastern Oi! itu bertukar menjadi insiden membimbangkan apabila pemain dram itu rebah.

Zul dilapor rebah ketika sedang memainkan lagu ketiga iaitu kira-kira 30 minit selepas Konsert 30th A.C.A.B Final Concert bermula.

Konsert kumpulan dikenali sebagai pelopor aliran muzik Eastern Oi! di Malaysia itu disambung semula kira-kira 20 minit kemudian dan posisi dram digantikan dengan bekas anggota, Irfan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button